Kisah Polis Trafik dan Sahabat
Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.
------------ --------- --------- --------
"Harun...
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.
Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
End of story,cerita di atas aku copy paste dari google dan aku byk menggunakan kisah ini dalam kelas2 pengajaran aku. Aku mahu student2 aku paham tentang tidak semestinya tanggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Kita selalu beranggapan yg tanggapan kita sudah betul, dan memaksa orang lain menerima 100% apa yang kita fikirkan sedangkan setiap perkara itu amat berbeza dari sudut pandangan masing masing sama seperti cerita diatas,perkara ini juga berlaku pada diri aku sendiri,,kadang2 aku juga suka memaksa orang laen menerima pendapat aku walaupun secara tidak langsung. Jadi cerita di atas sedikit sebanyak memberi peringatan kepada aku supaya lebih rasional dan positif dalam melalui liku liku kehidupan ini-->cliche' x?.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerna semalam pada 8/9 genap umur aku 27 tahun. Kalau nak diceritakan terlampau byk yang aku dah lalui sepanjang 27 tahun ni. jatuh bangun duduk terbaring terbogel,hehehe..papepun terima kasih pada mak sbb melahirkan aku pd 27 tahun yg lalu,,kalau dity mak aku die kate dlu2 mmg payah nak beranak kne naek bot dlu br smpai spital,,sbb pd waktu tu mmg susah,ayah aku pun pkai honda c70 jek,,nak g tgk mak aku kne tgal motor tepi sungai n amek bot penambang tuk smpai ke spital. Ditambah plak pde mse keberanakan aku, mak aku kate aku kehilangan darah yg banyak sgt,,so bygkan pde mse tuh,,susah nak dtg+kesedihan sbb anak xbrp nak sehat(at that time la). Jadi pada kawan2 yang lain,,aku menyeru pd hari kelahiran kita,cuba kita renung balik n kenang jasa ibu yg separuh mati melahirkan kita pd ari tersebut.Terima Kasih, emak!!!
A big thanks to all my friends yg wish for my birthday. The most popular wishes is "moga cepat kahwin".heheh..aku bukan xnak kawen,,kalau ikutkan aku, pas sunnat lg aku dah nak kawen, tp apekan daya,belum ade rezeki. Orang kata kalau dah bukan rezeki yg masuk mulut pun boleh luah balik, tul x?so sbarlah,,nnt sudah ade rezeki aku kabarkan pada semua ok?
Ok, pjg plak entry kali ni,,lantak le,,spe suh bc kan?hehehehe,,psl wish tuh, terima kasih byk2,,really appreciate that. teringat aku pada seseorang, aku rase ade la dlm 3 tahun lepas kot,,,at that time aku nyer besday and tetibe seseorang yg aku da lame xtegur n buat xtau tetibe kol n wish me on my birthday,biasa je kan??tp pengertiannya amat berbeza pd aku sbb aku ingat die da lupekan aku dah..heheh,,,but true friend are the ones who never leaves,,,thanks,,,,a big smile and hug just for u ( i know u r reading it)..heheheh..thank you and smpai ketemu lagi~~~:)
p/s:Al-fatihah buat arwah abah Tuan Mohd Yasin Bin Tuan Sidi yg membentuk aku sehingga hari ini...
3 comments:
tahniah kerana membuat aku baca entry kamu yg panjang berjela itu..
sape la kawan yg ko hugs tu kan.. yg pasti bukan aku.. ooooo ooo...
semoga sihat selalu =)
dont worry azira. wpun aku xmention ur name kt sini aku tau korg pun rakan rakan terbaek aku. hehehe. jgn kecil hati ok. nnt aku wat entry psl adik beradek aku plak. hahah.
hahhaha.. mn de kecik ati lor..
Post a Comment