Wednesday, April 21, 2010

tribute to abah part 2...

9 september 1984 1 pagi, Hospital Mentakab
Si kecil yang masih merah itu tidak berhenti menangis. Dalam kesejukan pagi itu,terdetik pelbagai persoalan di dalam hati si ayah. Kegembiraan yang dikecap sebentar td hanya sementara...tanpa berlengah si ayah memanggil doktor yang bertugas pada pagi itu,,,si kecil diperiksa,,,,lampin si kecil berlumuran darah....si ayah terkejut namun tidak diberitahu kepada si ibu takut si ibu yang masih lemah jadi bimbang dan terkejut....

9 September 1984 2 pagi, Hospital Mentakab

Setelah diperiksa, darah membuak-buak keluar dari kemaluan si kecil,ambulan disediakan,si kecil akan dikejarkan ke hospital besar kuala lumpur. Kepala si kecil dicukur. Si ayah dan ibu di hambat kerisauan. Dalam hening pagi itu, si ayah terduduk di depan kaunter menunggu ambulans. Si ayah disapa oleh seorang tua yang bekerja sebagai pembantu am hospital, lalu si ayah meluahkan perasaan risaunya. Secara kebetulan orang tua itu tahu serba sedikit tentang perubatan tradisional. Lalu si ayah membawa orang tua itu melihat si kecil. Si kecil diusap dan orang tua itu membaca beberapa potong ayat Al-Quran.Dengan izin Allah, darah yang keluar tadi berhenti, doktor dipanggil dan pemeriksaan dilakukan, si kecil sudah kembali normal. Keriangan mula terpancar pada riak muka si ayah dan ibu.......

30/08/2008 12 tgah hari, PICC Putrajaya

Si kecil td sudah menggenggam segulung ijazah.Pada hari ini si kecil tadi berjaya hasil dorongan si ayah dan ibu.Tidak pernah sekali pun si kecil itu lupakan jasa baik si ayah dan ibu tadi. Mereka dan berpelukan sama sendiri bersyukur pada Yang Maha Kuasa. Sambil memeluk si kecil, si ayah berkata ".. abah tidak boleh bagi kamu harta kerana abah bukan lah orang yang kaya raya tapi apa yang abah boleh bagi ialah pendidikan yang akan menjamin kehidupan kamu sendiri..." Itulah kata-kata keramat yang dijadikan azimat kepada si kecil.

19/01/2009 8.00 pagi Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak

Hari ini, Si kecil tadi melapor diri sebagai pensyarah. Segala pesan orang tua nya di simpan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai dalam kehidupan nya.

6/10/2010 6.00 pagi

Deringan telefon bimbit kedengaran, talian disambut, terdengar suara si ibu, "joe,,,balik sekarang...abah jatuh bilik air..." Perasaan berdebar, selepas solat subuh si kecil bergegas balik ke kuantan....

6/10/2010 6.30 pagi

Sekali lagi deringan telefon kedengaran, suara adik kedengaran, " ..abang joe,,abah dah xde..." Berderai air mata si kecil, hancur luluh hatinya,ayah yang disayangi telah pergi buat selama-selamanya...

si kecil dalam cerita di atas adalah penulis......huhuh....ntahlah,,,,aku rse belum cukup lg aku balas jasa dia...dah pergi dah abah.....yang paling aku kasihan ialah ibu dan adik aku...ibu ku sangat
bergantung harap pada abah,,,,100%.......aku masih lagi menangis bila ke kubur abah....terlampau banyak jasa dia pada aku...mendidik aku,mengajar aku,,,,sehingga aku menjadi seperti ari ini....tanpa abah aku xmungkin aku menjadi orang...sehingga arini juga masih terngiang2 dalam pikiran aku...

"...joe, balik...abah jatuh bilik air......."

p/s:tribute to abah...al-Fatihah....terima kasih Ya-Allah kerana menghantar abah untuk mendidik aku....terima kasih Abah,,,,

tribute to abah part 1...

11.00 mlm 8 september 1984, hospital mentakab, pahang darul makmur.

mlm itu seorang wanita sedang bergelumang antara hidup dan mati, mengerah seluruh tenaga demi melahirkan seorang anak. Anak hasil buah cinta. Si ayah ke hulu ke hilir menanti kelahiran anak yg ditunggu sembilan bulan 10 hari. Hatinya guusar. Bergumam sendirian menyebut nama Allah mohon agar semuanya selamat.

11.58 malam 8 september 1984, hospital mentakab, pahang darul makmur.

Kurang dua minit pukul 12 tengah malam, satu tangisan kedengaran. Si ayah menarik nafas lega, kegusaran tadi hilang serta merta. Di mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur pada Yang Kuasa. Si kecil didukung, diazankan di telinga kanan. Sayup menusuk kalbu si kecil. Supaya diperingatkan sekali lagi tentang kebesaran Allah S.W.T. Kelahiran si kecil memberikan kegembiraan buat si ayah dan ibu....tp kegembiraan mereka tidak lama.......

p/s:adeyh.... bersambungla plak mcm drama samarinda,,,,hahahah,,,padahal aku nak balik dah,,,nnt aku smbung =D

Tuesday, April 13, 2010

chance, lucky or destiny...

ermmmm,,,,,,aku yg mudah perasan,,,,hahahahahahahahha,,,,,,,