Monday, September 26, 2011

pelangi

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.



xtau nak start mcm mana,,tp hati sy seperti pelangi skarang,,,,heheheehehehheheeheheheheh ;)



Friday, September 9, 2011

Polis, Birthday, and Kawan kawan

Kisah Polis Trafik dan Sahabat

Suatu Hari.......
Dari  kejauhan,  lampu  lalulintas  di  satu persimpangan itu masih
menyala hijau.  Harun  segera  menekan  pedal  minyak  kenderaannya. Dia
tak mau terlambat.  Apalagi  ia  tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu  merah  biasanya  menyala  cukup  lama.  Kebetulan jalan
di depannya agak lengang.  Lampu  berganti  kuning.  Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga  meter  sebelum  garis  jalan,  lampu  merah  menyala.  Harun
bimbang, haruskah  ia  berhenti  atau  terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti.  Harun  menepikan  kenderaannya  agak jauh
sambil mengumpat dalam  hati.  Dari  cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya  tak  terlalu  asing  baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah  menengah  dulu.  Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak  cepat  nih.  Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye  la  Mal,  hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan  semuanya.  Tentu  aku  tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham.  Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi,  kau  nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah.  Sewaktu  aku  jalan  lampu kuning  masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan  dan  menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di  buku  catatannya.  Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun  memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa  berkata-kata  Jamal  terus  kembali  ke tempat  dia  bertugas.
Harun mengambil  surat   saman  yang  diselitkan Jamal.

Tapi,  hei  apa  ini.  Ternyata  lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah  nota.  Kenapa  ia  tidak menyaman  aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan  atau  apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu  yang  tidak  memperdulikan  lampu  merah  di
persimpangan ini.

Pemandu  itu dihukum  penjara  selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu  isteri dan  memeluk  ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari  ini  aku  sendirian
menyesali  peristiwa  itu. Yang pergi tidak akan  kembali  lagi.

Beberapa  kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun  terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah  meninggalkan  pos  tempat  ia  bertugas.

Sepanjang  jalan pulang ia memandu  perlahan  dengan  hati  tak  tentu
sambil  berharap kesalahannya dimaafkan.


End of story,cerita di atas aku copy paste dari google dan aku byk menggunakan kisah ini dalam kelas2 pengajaran aku. Aku mahu student2 aku paham tentang tidak semestinya tanggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Kita selalu beranggapan yg tanggapan kita sudah betul, dan memaksa orang lain menerima 100% apa yang kita fikirkan sedangkan setiap perkara itu amat berbeza dari sudut pandangan masing masing sama seperti cerita diatas,perkara ini juga berlaku pada diri aku sendiri,,kadang2 aku juga suka memaksa orang laen menerima pendapat aku walaupun secara tidak langsung. Jadi cerita di atas sedikit sebanyak memberi peringatan kepada aku supaya lebih rasional dan positif dalam melalui liku liku kehidupan ini-->cliche' x?.

Alhamdulillah syukur pada Allah kerna semalam pada 8/9 genap umur aku 27 tahun. Kalau nak diceritakan terlampau byk yang aku dah lalui sepanjang 27 tahun ni. jatuh bangun duduk terbaring terbogel,hehehe..papepun terima kasih pada mak sbb melahirkan aku pd 27 tahun yg lalu,,kalau dity mak aku die kate dlu2 mmg payah nak beranak kne naek bot dlu br smpai spital,,sbb pd waktu tu mmg susah,ayah aku pun pkai honda c70 jek,,nak g tgk mak aku kne tgal motor tepi sungai n amek bot penambang tuk smpai ke spital. Ditambah plak pde mse keberanakan aku, mak aku kate aku kehilangan darah yg banyak sgt,,so bygkan pde mse tuh,,susah nak dtg+kesedihan sbb anak xbrp nak sehat(at that time la). Jadi pada kawan2 yang lain,,aku menyeru pd hari kelahiran kita,cuba kita renung balik n kenang jasa ibu yg separuh mati melahirkan kita pd ari tersebut.Terima Kasih, emak!!!

A big thanks to all my friends yg wish for my birthday. The most popular wishes is "moga cepat kahwin".heheh..aku bukan xnak kawen,,kalau ikutkan aku, pas sunnat lg aku dah nak kawen, tp apekan daya,belum ade rezeki. Orang kata kalau dah bukan rezeki yg masuk mulut pun boleh luah balik, tul x?so sbarlah,,nnt sudah ade rezeki aku kabarkan pada semua ok?

Ok, pjg plak entry kali ni,,lantak le,,spe suh bc kan?hehehehe,,psl wish tuh, terima kasih byk2,,really appreciate that. teringat aku pada seseorang, aku rase ade la dlm 3 tahun lepas kot,,,at that time aku nyer besday and tetibe seseorang yg aku da lame xtegur n buat xtau tetibe kol n wish me on my birthday,biasa je kan??tp pengertiannya amat berbeza pd aku sbb aku ingat die da lupekan aku dah..heheh,,,but true friend are the ones who never leaves,,,thanks,,,,a big smile and hug just for u ( i know u r reading it)..heheheh..thank you and smpai ketemu lagi~~~:)

p/s:Al-fatihah buat arwah abah Tuan Mohd Yasin Bin Tuan Sidi yg membentuk aku sehingga hari ini...

Sunday, September 4, 2011

lesung pipit

sy rindu si lesung pipit,,erk~

Saturday, August 13, 2011

happy?

mau update sket lah. diam xdiam da dkat 4 minggu aku tgal di kuantan. still rase cam pelik sbb nk seseaikan diri kt sini wpun pernah duduk kuantan sebelum ni. ye la, tmpat baru, suasana baru, kawan kawan baru, awek awek baru(meoowwwwuh). rindu plak kat seri iskandar. byk la bezenye kt sini. tp biasa la. mane2 tempat pun ade +- kan? mgu lepas mase aku br pindah, mak aku dtg. betul la org ckp. whatever u give to a woman, she will produce something better. u give ur sperm, she gave u back a baby, u give a house, she gave u home. so bile mak aku dtg barula umah aku tu jadi "rumah". aku bgbmak aku duit, die la belikan tong gas, dapur, pinggan, kuali, beras, telur, sabun axion, etc. then adik2 aku tlg sapu rumah and so on. hehehehhehe. then ari sabtu mak aku pun balik sbb adik aku skolah ahad.

so sejak dr aritu, since kt sini aku leh balik awl iaitu dlm kul 1.30, aku byk mase kt rumah. so balik pas semayang zuhur aku basuh pinggan, kemas dapur n sapu rumah. hari2 aku buat camtu. so agak teratur sketla uumah aku. hehhe. aku harap tahap kerajinan aku ni berkekalan smpai bile2. insyaAllah.

since kg aku da dekat, skang aku da ade kt tganu. 2jam setengah jek dr kuantan. damn hepi!!!!td aku tlg mak aku wat marinate ikan patin dgn tempoyak nnt bukak puase boleh bakar. yeah!!!!lapar la plak. hheheh. again mak aku ty ko ni bile nk kawen?aku pun..erk~!!!!

p/s: i need a woman. no woman i cry.anyone?

Thursday, August 4, 2011

Nafsu serakah

Dari segi maksud,,nafsu ditafsirkan sbg keinginan terhadap sesuatu,,,manakala serakah boleh ditafsirkah sesuatu yg jahat yg negatif,,lalu apabila dua perkataann ni di gabung jadinye nafsu serakah,,maka nafsu serakah boleh ditafsirkan sebagai keinginan yg melampau terhadap sesuatu perkara,,,boleh menuju ke arah obsesi,,bukan obesiti ye,,,dan ada diriwayatkan dalam sebuah kitab,,pde waktu diciptakan nafsu ni sgt angkuh dan bongkak,,lalu di seksa dalam neraka jahim selama 100 tahun,,masih lg angkuh dan,di seksa dalam neraka juu' pun masih tidak mengaku kalah,,masih bongkak dan angkuh,,,lalu nafsu diuji lagi,,kali ini tidak diseksa ke dalam neraka,tp nafsu di seksa dengan tidak di beri makan dan ternyata nafsu kalah dan boleh di kekang disebabkan perut yg lapar,,,dgn sbb itula dtgnye rasional berpuasa. Sempena bulan ramadhan ini, saya menyeru pada diri sy sendiri dan kawan kawan marilah kita sama sama menunaikan ibadat puasa,,,sesungguhnya puasa itu menyucikan perut,,menyucikan jiwa dan rohani kita,,,,

Kisah diatas tu aku petik dr ucapan encik janggut(mpps unikl msi) pd satu mse dahulu,,,pd mse tu aku rase aku cam nanges sket menceritakan kisah cinta 4 segi aku pd encik janggut,,,,ekekek,,,xpela,,,selamat berpuasa!!

p/s:benar atau tidak kisah tersebut Wallahua'lam

Thursday, July 14, 2011

Miserable,,,,,

2 3 minggu ni aku sungguh kusut,,kusut memikirkan byk perkara,,,dlm semester lepas aku ade memohon untuk bertukar tempat kerja di Kuantan,,,dekat sket dgn kampung,,,tunggu punye tunggu xdpt2 lg,,aku rasa cam kecewa sbb xtau status dpt ke xdpt,,,tp harini persoalan tu terjawab,,,aku dah dpt tukar ke sane Alhamdulillah,,tp perasaan aku bercampur baur,,,aku sedih sbb dah 2++ tahun kat sini,,,kawan kawan kat sini pun best,,,,aku sgt rapat dgn derang,,,,aduhai,,,sedih jugak nak tinggalkan,,(sedih ke??),,,erm,,biarlah tu semua cerita lama,,semoga kamu bahagia dgn dia,,,ekekeke,,so harap2 di tempat baru aku lebih cemerlang dan berdaya saing dan menjanjikan kebahagian buat aku,,,ape pun terima kasih seri iskandar,,,,byk belajar di sini,,,

IMG_0881.jpg
Free Filehosting At image upload

tula meja aku,,mcm haram jadah bukan?ekekekekek

Tuesday, June 14, 2011

hari ini

setelah lame aku xupdate aku punye blog,,arini br ade kesempatan nak update(ye ke?, sebenarnye arini la br rajin nak bukak blog ni),,jari2 aku malas menaip,,,tp otak aku ligat berfikir,,,hmmm,,,dalam 4 minggu neh aku bercuti,,,so byk gak la perkara yg dilakukan dan akan dilakukan,,,antaranya

1.Wedding syawal
2.Dip In education (horayyyyyyyyyy,,no more kursus dalam cuti)
3.Wedding syawal lagi
4.Outdoor Farah Husna
5.Wedding  Abg nazmi
6.EV file
7.Balik kampung

Serius,aku rse mcm aku xcuti pun,,,hahaah,,tp ari2 isnin aku bantai tdor kaw kaw punye,,smpai aku bangun terus rse ngerilah,,eh aku dah bangun ke abad ke berape neh,,hoho,,,

hmm,,mcm mane nk ckp ek,,,,knape org selalu xjujur bile da dpt ape yg die nak?knape mesti kacau org laen sedangkan diri dah berpunya,,,xmalu ke?ntahla,,papepun aku bukan the right person to judge people,,,cume pd aku the one who doesn't appreciate LOVE n RELATIONSHIP is a crap n bullshit,,,because some people are dying to own it~damn n damn,,u deserve better la dear!!!!