Wednesday, April 21, 2010

tribute to abah part 1...

11.00 mlm 8 september 1984, hospital mentakab, pahang darul makmur.

mlm itu seorang wanita sedang bergelumang antara hidup dan mati, mengerah seluruh tenaga demi melahirkan seorang anak. Anak hasil buah cinta. Si ayah ke hulu ke hilir menanti kelahiran anak yg ditunggu sembilan bulan 10 hari. Hatinya guusar. Bergumam sendirian menyebut nama Allah mohon agar semuanya selamat.

11.58 malam 8 september 1984, hospital mentakab, pahang darul makmur.

Kurang dua minit pukul 12 tengah malam, satu tangisan kedengaran. Si ayah menarik nafas lega, kegusaran tadi hilang serta merta. Di mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur pada Yang Kuasa. Si kecil didukung, diazankan di telinga kanan. Sayup menusuk kalbu si kecil. Supaya diperingatkan sekali lagi tentang kebesaran Allah S.W.T. Kelahiran si kecil memberikan kegembiraan buat si ayah dan ibu....tp kegembiraan mereka tidak lama.......

p/s:adeyh.... bersambungla plak mcm drama samarinda,,,,hahahah,,,padahal aku nak balik dah,,,nnt aku smbung =D

3 comments:

suezensuzanna said...

ko tukar template ko..jenuh aku nk cr post a comment nyer button

cepat smbung samarinda ini...

Ira Azeera said...

dan bayi itu telah dinamakan syed norzulhadi... :D

Syed said...

BELUM LAGILA AZIRA JGN POTONG,,,,ISK,,,XSAMARINDA BTUL