Monday, March 22, 2010

air dalam gelas.....

Cuba kita memegang gelas biasa yang diisi dengan air untuk seketika. Sudah tentu tidak berat bukan? Jadi kita ubah ‘eksperimen’ kita dengan memegang gelas itu untuk selama beberapa hari , minggu , bulan dan bertahun-tahun. Apakah hasilnya? Saya rasa 1 hari pun kita tidak akan berjaya melakukannya. Silap hari bulan boleh kejang tangan kita dibuatnya. Kita tambah sedikit dalam ‘eksperimen’ tadi. Setiap kali kita keluar dari rumah kita memegang 1 gelas tanpa meninggalkannya di rumah. Kesannya , apabila kita masuk di tempat kerja, tempat belajar dan tempat-tempat lain ditambah satu gelas yang lain setiap satu tempat yang kita pergi. Akhirnya bila pulang ke rumah bertambah banyaklah gelas di tangan kita! Kalau begitu jika semua gelas dikumpul dipegang , dalam masa yang singkat sahaja kita mampu memegang gelas-gelas itu dan tidak boleh memegang dalam masa yang lama. Pelikkan? Gelas pada asalnya ringan tiba-tiba kita tidak mampu memegangnya. Berat sangatkah gelas-gelas itu?

Tersirat: Gelas itu simboliknya MASALAH yang kita hadapi dalam kehidupan. Tidak kiralah masalah apa, baik di rumah ataupun di luar rumah. Besar atau kecil tetap juga masalah. Tetapi masalah kalau kita simpan dan semakin banyak akhirnya kita sendiri tidak mampu menyelesaikan. Sebab itulah setiap kali kita ditimpa masalah kita perlu segera menyelesaikannya agar tidak berlarutan dan memakan diri kita sendiri. Fikiran kita perlu sentiasa positif dan kita sendiri yakin masalah itu boleh diselesaikan, insyallah kita mampu menempuhinya. Jiwa yang tenang juga mampu membuka jalan buah fikiran berfikir dengan waras dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Jadikanlah setiap masalah itu pengalaman dan boleh juga berkongsi dengan orang lain dengan niat yang ikhlas……………….

credit to http://frantesi.blogspot.com

to "peanut"...bersabarlah....life is great to those who appreciate the life itself....da~~

No comments: