Cuba kita memegang gelas biasa yang diisi dengan air untuk seketika.  Sudah tentu tidak berat bukan? Jadi kita ubah ‘eksperimen’ kita dengan  memegang gelas itu untuk selama beberapa hari , minggu , bulan dan  bertahun-tahun. Apakah hasilnya? Saya rasa 1 hari pun kita tidak akan  berjaya melakukannya. Silap hari bulan boleh kejang tangan kita  dibuatnya. Kita tambah sedikit dalam ‘eksperimen’ tadi. Setiap kali kita  keluar dari rumah kita memegang 1 gelas tanpa meninggalkannya di rumah.  Kesannya , apabila kita masuk di tempat kerja, tempat belajar dan  tempat-tempat lain ditambah satu gelas yang lain setiap satu tempat yang  kita pergi. Akhirnya bila pulang ke rumah bertambah banyaklah gelas di  tangan kita! Kalau begitu jika semua gelas dikumpul dipegang , dalam  masa yang singkat sahaja kita mampu memegang gelas-gelas itu dan tidak  boleh memegang dalam masa yang lama. Pelikkan? Gelas pada asalnya ringan  tiba-tiba kita tidak mampu memegangnya. Berat sangatkah gelas-gelas  itu?
Tersirat: Gelas itu simboliknya MASALAH yang kita hadapi dalam  kehidupan. Tidak kiralah masalah apa, baik di rumah ataupun di luar  rumah. Besar atau kecil tetap juga masalah. Tetapi masalah kalau kita  simpan dan semakin banyak akhirnya kita sendiri tidak mampu  menyelesaikan. Sebab itulah setiap kali kita ditimpa masalah kita perlu  segera menyelesaikannya agar tidak berlarutan dan memakan diri kita  sendiri. Fikiran kita perlu sentiasa positif dan kita sendiri yakin  masalah itu boleh diselesaikan, insyallah kita mampu menempuhinya. Jiwa  yang tenang juga mampu membuka jalan buah fikiran berfikir dengan waras  dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Jadikanlah  setiap masalah itu pengalaman dan boleh juga berkongsi dengan orang lain  dengan niat yang ikhlas……………….
credit to http://frantesi.blogspot.com
to "peanut"...bersabarlah....life is great to those who appreciate the life itself....da~~
No comments:
Post a Comment